Monday, December 14, 2009



PENGENALAN


L’KI ENTERPRISE adalah sebuah syarikat Penternak Lembu Hidup terus dari ladang. Secara amnya keseluruhan proses dilakukan oleh pihak kami sendiri dan dipantau oleh JPH. Inilah sebab mengapa lembu kami mendapat permintaan yang tinggi tidak kira di musim perayaan mahupun di hari biasa. L’KI ENTERPRISE mampu menghasilkan lembu yang berkualiti tinggi yang mana dilakukan oleh tenaga kerja yang terlatih.

Sejarah L’KI ENTERPRISE

L’KI ENTERPRISE ditubuhkan pada 11 Jun 2009. Menjalankan Pengurusan keseluruhan operasi yang lebih menjurus kepada pembekalan lembu hidup terus dari ladang kepada pengguna. Selain itu juga, L’KI ENTERPRISE ada menternak kambing dan ikan keli secara kecil-kecilan.

Operasi Perniagaan

Mempunyai sebuah kandang lembu dari segi kemudahan, infrastruktur dan peralatan. Mampu menampung lebih kurang 50 ekor lembu dan mempunyai formulasi makanan yang terbaik. Lembu yang diternak adalah untuk tujuan jualan hidup seperti untuk tujuan kenduri, Qurban, Akikah dan jualan terus kepada peniaga kecil. Lembu dibiarkan meragut bebas dalam kawasan kelapa sawit.

Tenaga Kerja

Diterajui oleh seorang pengurus dan 2 orang tenaga kerja yang mahir dan separa mahir didalam pelbagai unit tertentu.